
Kami semua sudah macam sebuah keluarga susah senang kami bersama bersatu untuk maju ke hadapan dan untuk mengubah prinsip kehidupan kami,itulah matlamat kami untuk masuk ke ipta dengan menyambung pra diploma.Mungkin orang pandang kami sebagai pelajar yang kurang pandai,tapi sedikit pun kami tidak malu untuk menyambung pelajaran daripada bawah sekali.Masing-masing punya matlamat tersendiri dalam kehidupan mereka sendiri.Walau banyak cabaran yang kami terpaksa jalani tapi semangat kami untuk belajar tidak mudah goyah.Pensyarah-pensyarah juga tidak ketinggalan membantu kami dalam pelajaran yang kami tidak fahami,mereka sudah kami anggap sebagai ibu kedua kami di kampus ini.Walau seberat mana pun tugas mereka dalam mengajar kami,mereka tetap berusaha untuk perkara itu semua.
INILAH PENSYARAH KESAYANAGAN KAMI SEWAKTU DI PRA DIPLOMA:




Tepat pada 01/11/2013 pukul 9.00 am,keputusan peperiksaan pra diploma telah dikeluarkan,tidak kami bayangkan bahawa kami dapat satu keputusan peperiksaan yang sangat membanggankan keluarga kami masing-masing.Walaupun hanya seorang sahaja rakan kami yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat diplom,tapi dia mempunyai kemahiran mungkin di luar sana.Tapi kami tetap mendoakan kejayaan dia di luar sana agar ada masa depan dia yang menanti di luar sana.
Dan kini kami semua sudah berjauhan kerana terpaksa sambung pengajian yang telah ditetapkan oleh ipta tersebut.Tapi walau kami berjauhan kami masih lagi berkomunikasi di antara satu sama lain.Inilah kisah tentang kami,kami harap kami akan dapat memegang segulung ijazah untuk ibubapa kami suatu nanti.
"SEBAGAI MANUSIA KITA PERLU BUKTI DAN BERUSAHA DENGAN IMPIAN YANG KITA HAJATI SEBELUM MELAFAZKAN KATA-KATA KOSONG TANPA BERBUAT APA-APA,KEJARLAH IMPIAN ITU KERNA IA TIDAK AKAN LARI DENGAN ADANYA USAHA KITA,JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan