Kadang kala kita sebagai manusia merasakan cinta itu terlalu membuatkan kita bahagia,tapi ada kala bagi sesetengah masyarakat pandangan mereka terhadap cinta itu amat menyakitkan hati mereka ini kerana mereka sering kecewa dan gagal dalam pertahankan perhubungan mereka.Sebuah cerita pendek yang dapat saya kongsikan disini.Seorang gadis yang ku kenali bernama Nisha(bukan nama sebenar).Seorang gadis yang lembut,peramah dan agak lurus tetapi mempunyai wajah yang mapu menarik perhatian lelaki.Namun apabila meningkat di usia remaja dia mula mengenali seorang lelaki yang padanya mungkin menarik.Nisha mula berjinak-jinak dengan cinta masa usia 15tahun dan lelaki itu berumur 18tahun.Perhubungan mereka sangat bahagia "bagai pinang dibelah dua",mereka mengenal hati budi masing-masing selama setahun lebih,keluarga mereka berdua saling mengenali antara satu sama lain.Nisha pula mengenali pula seorang gadis yang agak baik padanya,yang tidak jauh umur mereka.Nisha mengambil keputusan untuk mengambil gadis itu sebagai kakak akak angkatnya walaupun nisha baru mengenalinya baru beberapa hari.Disebakan sikap Nisha yang mudah di tipu oleh orang di sekelilingnya,Nisha mengambil keputusan untuk membawa akak angkatnya pulang ke rumah setelah mendapat tahu gadis itu di halau dari keluarganya.
Nisha mula keliru dengan kata-kata rakannya tentang latar belakang kakak angkatnya,Nisha sendiri tidak tahu cakap siapa yang perlu dia percayakan sama ada rakannya atau kakaknya itu???.Nisha mengambil keputusan mengajak kakakya untuk menginap di rumah keluarga teman lelakinya kerana keluarganya akan berangkat ke luar negara atas urusan peribadi.Beberapa hari kemudian semasa menginap di rumah keluaraga teman lelakinya,Nisha mula nampak belang sebenar kakak angkatnya.Tapi Nisha cekalkan hati kerana mungkin kakanya sudah biasa bergaul dengan lelaki.Pada suatu hari,Nisha bergaduh besar kerana fitnah kakaknya telah membuat onar dengan mengatakan bahawa Nisha seorang gadis yang kotor dan telah disentuh oleh lelaki.Betapa hancurnya lagi hati Nisha apabila teman lelakinya memutuskan perhubungan mereka yang setelah sekian lama terbina kukuh akhirnya rebah begitu saja.Dalam masa yang sama Nisha juga tidak menyangka kakaknya sanggup menyebarkan fitnah sebegitu rupa pada dirinya,Nisha begitu menyesal mengenali kakaknya itu dulu,tapi seteruk mana perangai kakaknya dia sedikit tidak pernah membenci gadis itu,Nisha tetap tabahkan hati untuk menerima takdir hidup dia.Walau perhubungan Nisha dan teman lelakinya terputus tapi cinta Nisha padanya masih lagi kekal di dalam hatinya walau mereka hanyalah sekadar sahabat,Nisha masih mengharapkan cinta si dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan