Sabtu, 18 Januari 2014

pengenalan diriku dan sahabatku


Namaku diberi anies(sahabat),aq baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blogger,pada aku blog boleh mencungkil bakat kita semau dalam penulisan novel,cerita dan seumpamanya..dunia blog bagi aku adalah sesuatu yang amat bagus.Baru hari ini aku cuba memaparkan bakat aku dalam penulisan blog.aku menanamkan keyakinan diri yang tinggi,dari semangat rakan-rakanku,keluaraga ku yang beri support untuk aku menulis ini.
        Aku mempunyai kawan-kawan yang agak rapat sewaktu di zaman persekolahan dahulu,inilah kami semasa mendapat pendidikan di smk setiawangsa kuala lipis,pahang:


Kami mula rapat sejak kecil lagi,dia adalah rose(bukan nama sebenar),aku sedikit tidak malu untuk bersahabat dengan dia,walau ada segelintir pihak malu untuk berkawan dengan dia mahupun untuk berhubungan dengan si dia.Rose seorang sahabat yang baik,dia selalu membantu aku bila aku ditimpa kesusahan.Dia selalu menjadi mangsa buli di sekolah dan sering dipinggirkan di dalam kelas,sedih aku melihat keadaan dia sebegitu rupa sekali.Kadang kala aku terfikir kenapa semua orang perlu menjauhi orang sebegitu rupa? Adakah kita kalau hendak berkawan perlu melihat dari paras rupa? Walaupun mereka sering mengejek tentang wajahnya,dia tetap sabar dalam menghadapi  ujian yang dia hadapi.Dia menganggap perkara itu adalah satu dugaan yang Allah berikan kepada dia.
            Sampai pada satu tahap yang dia tidak mampu bersabar dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah,hati aku rasa begitu sedih terhadap tindakan dia.Aku cuba memujuknya agar tidak berhenti sekolah,tapi pujukan aku gagal,dia tetap dengan pendirinya.Tapi dia ada kemahiran dalam bidang perniagaan,dia ingin uruskan perniagaan keluarganya yang hanya sekadar menjual keropok lekor dan air di pasar malam.Hati dia sungguh cekal dalam menjalani hidup dia.
            Kini sudah 19tahun zaman persekolahan telah berlalu,aku dan dia tetap menjadi sahabat sampai sekarang,semua dugaan susah senang kami hadapi bersama,kini dia sudah memajukan perniagaan keluarganya sehingga di kenali oleh orang-orang setempatnya,walau berniaga hanya di pasar malam dia mampu memajukan perniagaan keluarganya dengan adanya sifat tabah dan kekuatan dalam diri dia.Dan aku pula kini sedang melanjutkan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.Aku mengharapkan perhubungan kami kekal selamanya.Sedikit pun aku tidak pernah menyesali berkawan dengan dirinya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan